Thursday, October 21, 2010

25 petua dan tips nak bagi anak pandai

di jumaat yg barakah dan seronok menanti nk weken nih,nk share dgn korg sumer tips ni..cnp dari che'det

semoga kite sumer dpt manfaat dan cube utk praktiskan ye..slmt ber amal..have a gr8 weekend yaaa ;D

1. Anda dah boleh ajar anak anda mahir dalam bahasa Inggeris dari mereka dalam kandungan lagi.Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang ada dalam bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam, Maher Zain-aku tambah,hehehe.

2. Bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak anda tu dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik satu Parent One Language. Maknanya sorang kenalah cakap Bahasa Inggeris n sorang cakap bm sepenuhnya. Jadi anak nanti mahir dalam kedua-dua bahasa, InsyaAllah.

3. Gunakan sumber pengajaran seperti kad imbas, poster, vcd, cd dan lain2 untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar.

4. Jangan jadikan kelemahan anda dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan mereka kepada bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi. Berkorban sedikit.Belajar balik bahasa Inggeris tu untuk anak2 anda. Tak perlu mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku-buku dan lain-lain sumber untuk mengajar.

5. Kad imbas amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana kad imbas menggunakan gambar atau imej. Gunakan permainan2 kad imbas yang menarik untuk menagajar mereka.

6. Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda dikhalayak ramai. Pedulikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda akan mahir dalam bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan matematik.

7. Ingat yang bila seseorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.

8. Kalau ada yang anda tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.

9. Belikan buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2 untuk anak-anak anda. Kalau dia orang minat kartun,tak salah anda belikan komik dalam bahasa Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa.

10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda.Pupukkan sikap suka memabca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.

11. Dapatkan sokongan suami atau isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada team effort.Jangan buat sorang-sorang . Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapa atau mertua anda untuk sama-sama membantu. Kadang-kadang mereka ini lagi fasih dari kita.

12. Kalau mampu hantar le ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau x ada budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.

13. Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang mereka minati.Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street.

14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber-sumber yang telah anda bayar. Pilih rancangan-rancangan di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Noddy, Bob The Builder etc.Kalau anda sendiri nak belajar bahasa Inggeris, di Astro ada channel 14 yang banyak rancangan2 bahasa Inggeris.

15. Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar. So anda kenalah cari teknik-teknik pengajaran yang tidak membosan kan. Kalau nak ajar tak payah lama2 dan cari masa yang sesuai bila diaorang boleh beri lebih tumpuan.

16. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah anda. lepas tu tearngkanlah kepada mereka dan kemudian anda kenalah rajin ulangkan apa yang anda terangkan kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.

17. Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!

18. Jangan risau., anak anda tak akan pening kalau anda dedahkan kepada dua bahasa dari kecil. Mula-mula saja v dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka menggunakan dua bahasa.

19. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda.

20. Jangan guna bahasa bayi. Sebut betul2 dan gunakan ayat yang betul grammar dia.

21. Kalau anak anda sebuat tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan anda ulang semula apa yang mereka sebut tu.

22. Belajar balik bahasa Inggeris anda. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kadang-kadang kita ni tak sempurna. atau kadang-kadang benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.

23. Selain dari mengguna kad imbas anda juga boleh gunakan kad perkataan. Ni suapaya ada imej atau gambar. Senang sahaja nak buat.Belije kad2 untuk buat nota yang bersaiz poket. Kad ni sesuai jugak untuk anda mempelajari perkataan baru dengan menggunakan Thesaurus dan Dictionary.

24.Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English-Malay macam yang di gunakan setengah orang. Ini boleh membantu anda berfikir bahasa Inggeris.

25. Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa Inggeris , apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat-tempat yang sesuai seperti letak label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat apa yang perlu disebut.


p/s: skg ni environment keje aku mmg kene ckp english 100% sbb students aku sumer foreigners..seriously mule2 aku rasa mcm xbaper caya dgn kemampuan sendiri,tp aku cube utk blaja,belit2 lidah sambil pikir nk ckp ape..blaja dgn students,yer,aku byk jugak blja dgn student aku,dgn colleagues,lame2 aku bersyukur pdNya ..mmg ade hikmah aku keje kt sini,sekurang2nye blh improve english aku ;)

13 comments:

Nia said...

haa..thanks for sharing dear! tips2 berguna nih.

Hezesuze said...

aduaii uols..kt ruman nie weols ckp bahasa malaysia & jawa jek..ahakss

Anonymous said...

bagus info ni..

Suziey Ahmad said...

btl btl btl..aku mmg dari aQeel kecik dh dedahkan dia ngn english..aku idokler pakar speaking tp klu ngn aQeel aku mmg speaking most of the time..bahasa melayu xyah ajar..ank kt akn paham dgn sdiri sbb dia duduk dlm linkungan keluarganya yg melayu..hehe:p

tp mmg berkesan..msa kecik ni la dia mcm span otak dia tu..dia absorb je ape kita input kan..so kena inout yg baik2..treat as adult..bknla segala2nya tp dr segi bende baik dan xbaik..betul dan salah..hehe

mama tisya said...

mmg bagus ajar english dr kecik senang nk phm..kalo dh beso kn pyh...hehehe

tp kn kdg2 ada misscomunication gk..cth tgk ikan tu..bkn tu FISH...hehehe

Syida said...

bagus tips mcm ni,kadang2 kita terlupa pada perkara yg simple mcam ni.keep it up!

firahadifa said...

aku pon ajar english ... tapi yg buat aku btergelak si farrihin kalau aku kate mama rindu , dia buat x paham jerk.. kalau aku kate i miss u , baru la dia kate i miss u too.. adei ~ kena ajar dua2 nie

firahadifa said...

aku pon ajar english ... tapi yg buat aku btergelak si farrihin kalau aku kate mama rindu , dia buat x paham jerk.. kalau aku kate i miss u , baru la dia kate i miss u too.. adei ~ kena ajar dua2 nie

lia said...

dulu aku mmg xsukak english, bagi aku english menyusahkan, mana x nyer, tiap kali pekse mesti english spoil kan result aku hu3...

mula aku kerja kat cyber awal tahun ni, amik ko, kena deal dgn concultant aku dari jepun, australia & germany... xkan nak ckp jawa kot, kan... sikit2, aku kuatkan hati ckp...

Alhmdlh skng wpon xpandai g tp aku da mula pandai tgk tv cter org puteh x tengok subtitle..

da jadi n3 kah3...

Wawa~* said...

nice tips kak... sy bnyk blajar bhasa inggeris dr lagu2 n movie english :P then bila minat tu kawan2 dgn minah2 salleh n slalu chatting.. dr situ yg improve sikit2.. :D

[leily.laily] said...

tq 4 sharing
akan dipraktikkan..
kena print ni, tepek dinding!

mama_umar_maryam said...

ur welcome sumerrr , semoga dpt manfaat bersame ;)

Unknown said...

kiter pun nak share..
klik sini
BABY PANDAI BACA