Tuesday, June 11, 2013

Resepi Udang Galah Masak Sambal Nyonya Puree

salam =)

Alhamdulillah, up juga akhirnya resepi spontan nih ;)
p/s : ramai blogger join cipta resepi dgn guna tomato puri Leggo's dan santan Kara. thank u mamatisya @ errynn sbb terigt nk inform aku ;)



UDANG GALAH MASAK SAMBAL NYONYA PUREE

Udang galah antara lauk kegemaran kami sekeluarga. Hampir semua jenis masakan udang galah saya pernah cuba, dari sambal tempoyak, kari, sambal berlada sampailah cuba buat udang goreng butter,nasib baik,semua menjadi ;).
Tapi kalini berjaya cipta resipi yang lain sedikit, dengan menggunakan puri tomato jenama Leggo’s dan ekstrak santan Kara, saya telah berjaya hasilkan resepi sendiri iaitu Udang Galah Masak Sambal Nyonya Puree. Kenapa ada perkataan “nyonya” tu ? saya teringat saya pernah mencuba makan siakap 3 rasa nyonya di sebuah restoren. Rasanya sedap & saya tercari-cari bahan rahsia di dalamnya..oh, rupa-rupanya letak sedikit serbuk kari & santan. Jadi saya gabungkan bahan-bahan yang saya ada, dan hasilnya…yummyyy sekali!

Disebabkan resepi ini agak mudah disediakan dan cepat (dalam 30 minit shj) , memang sesuai untuk dihidang semasa berbuka puasa. Jom saya kongsikan cara-cara memasaknya!



bahan-bahan:

-          5 sudu besar Puri tomato Leggo’s
-          5 sudu besar Ekstrak santan Kara
-          Mangkuk kecil cili yang sudah di blender
-          3 sudu besar serbuk kari (untuk udang,ikan & ketam)
-          Daun kari
-          Sebiji bawang merah diricik-ricik
-          Bawang putih dipotong-potong
-          3 inci halia ditumbuk sedikit
-          3 batang serai ditumbuk sedikit
-          Gula perang
-          Garam secukup rasa
-          ½ cawan air

Cara-cara :
1.      Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari, halia dan serai
2.      Bila dah naik bau, masukkan cili blender dan serbuk kari



3.      Tumis bahan-bahan tadi dalam masa 5-7 minit, kemudian masukkan 5 sudu besar puri tomato Leggo’s
4.      Masukkan gula perang & garam secukup rasa
5.      Gaulkan dan masukkan udang galah 

6.      Gaul sekejap udang galah hingga hampir masak dan masukkan 5 sudu besar ekstrak santan Kara

7.      Kacau sentiasa secara perlahan-lahan supaya tak pecah minyak
8.      Dalam masa 15-20 minit , bolehlah padamkan api dan siapkan hidangan. Makan bersama nasi putih panas ;)



9 comments:

mama tisya said...

pantas ko masak...sedapnye udang galah

Sidratul Muntaha said...

Sepantas kilat ko.aku ms blik keje tdi terlintas.aoe la zety msk nnti.udang kot?!

Sidratul Muntaha said...

Sepantas kilat ko.aku ms blik keje tdi terlintas.aoe la zety msk nnti.udang kot?!

nad said...

Yaw yaw yaw! Weekend ni kene cari udang galah! :)
Simple. Mmg senang :)

Maria Firdz said...

HADOI... dah lerr... mmg dok mengidam udang galah tak dapat2 lagi nih.. kena cari gak nih... huhu

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen said...

ada contest ke..apasal lately ramai sgt update masak2 guna puree nih..hehehehe..tertinggal ketapi sket..=p

watyz said...

wa.. ni la resepi nye. nanti ble try... :)

fatimah said...

sedap nyer.. boleh try lepas ni.. hehee.. :)

fatimah said...

sedap nyer.. boleh try lepas ni.. hehee.. :)