salam =)
owner kepada website ni adalah kawan baik aku sejak zaman U lagi..name beliau Adilah Manaf..idea nk buat giveaway bersama2 dengan entry nih adalah hasil perbincangan kami berdua ..
entry ni khas untuk BF mommies kt luar sane yang bimbang atau risau bekalan susu x mencukupi untuk baby time bulan pose nnt..insyaAllah, teruskan membaca..semoga same2 dpt manfaat nye nnt .. lepas abis bace jgn lupe komen ye kande dinde (x kirelah anda BF mommies atau x,heheh) sbb utk pengkomen bertuah, ada 3 gift ikhlas nk diberi ;) iaitu ...
1. sehelai Shawl x 1
2. FM dari Sabah x 2
Bimbang Susu Merudum Semasa Berpuasa? Apakah Persediaan Berpuasa Untuk Ibu
Menyusu?
Bagi ibu-ibu yang
menyusukan anak, terutama ibu yang bekerja, masalah yang paling utama dan kerap
dihadapi ialah apabila susu ibu berkurangan dari biasa.
Biasanya ibu-ibu mula
mengalami keadaan susu ibu berkurangan ini apabila:
- Ibu dah mula bekerja
- Ibu mula kedatangan haid
- PUASA
- Ibu tidak konsisten mengepam susu
- Anak mulai makan dan kurang menyusu
- Ibu outstation dan kurang mengepam susu
- Ibu mengandung lagi
- Ibu mengambil ubatan tertentu
- Ibu dalam keadaan stress
Walau
bagaimanapun, selagi konsep penyusuan iaitu "bekalan berdasarkan
permintaan" dipatuhi, maka selagi ada permintaan (hisapan anak atau pam),
susu ibu akan terus ada (sekiranya ibu mengepam dan menyusukan anak).
Apakah persediaan
awal anda untuk menempuhi bulan puasa Ramadhan? Mari kita baca
persoalan-persoalan yg sering timbul di kalangan ibu-ibu menyusu mengenai
puasa. Semoga ianya bermanfaat buat anda, ibu-ibu yg hebat di luar
sana..InshaAllah..
Q:
Adakah Ibu boleh meneruskan Penyusuan di bulan Ramadhan atau semasa berpuasa?
A: Ibu menyusu BOLEH BERPUASA walaupun menyusukan bayi mereka tanpa menjejaskan
kualiti dan kuantiti susu yang dihasilkan. Isipadu susu yg dihasilkan tidak
bergantung sepenuhnya kpd berapa banyak air yg ibu minum di siang hari tetapi
bergantung kpd berapa kerap payudara dikosongkan sama ada dengan cara hisapan
bayi atau mengepam.
Q: Bagaimanakah utk memastikan ibu hamil kekal cergas semasa berpuasa
dan susu ibu mencukupi walaupun si ibu berpuasa?
A:
Pertama: Ibu hendaklah YAKIN bahawa penghasilan susu tidak akan terjejas
walaupun berpuasa. Dalam penyusuan, keyakinan ibu AMAT PENTING kerana ia
mempengaruhi emosi dan minda si ibu. Emosi dan minda yg positif akan merangsang
hormon oksitosin dan seterusnya memastikan penghasilan susu yg
berterusan..InshaAllah
Kedua: Ibu hendaklah memastikan kandungan nutrien yang SEIMBANG
dijaga sepanjang bulan Ramadhan. Jgn lupa pengambilan air yg mencukupi juga
merupakan sebahagian drpd nutrien yg seimbang. Tubuh manusia mengandungi 70%
air, maka ibu hendaklah minum air sekurang-kurangnya 3 Liter air sehari. Di
bulan Ramadhan, ibu boleh mengambil air sedikit demi sedikit sepanjang waktu
berbuka sehinggalah waktu bersahur.
Ketiga: Pemakanan yg SIHAT dan SEIMBANG hendaklah diambil semasa berbuka
dan bersahur. Mulakan berbuka puasa dgn air dan kurma. Kemudian tunaikan solat
dan berehat seketika sebelum makan makanan yg berat. Makanlah dgn perlahan dan
jgn terlalu kenyang utk mengelakkan ketidakhadaman makanan.
Q: Apakah makanan tambahan
yang SESUAI semasa berpuasa? Yg semestinya SELAMAT, HALAL & TERBUKTI SECARA
KLINIKAL?
A: Bagi memenuhi keperluan zat di
dalam pemakanan anda, Set Mighty 3 Gem dan pengambilan vitamin dan mineral lain
sangat membantu ibu-ibu menyusu di bulan puasa ini. Antara vitamin dan
supplement lain yg dicadangkan adalah:
- Vita-Lea
- B Com
- Vita-C
- Ostematrix
- Alfalfa
Menurut Mazhab Syafie, ibu yg sedang hamil dan
menyusui bayi diberikan kelonggaran utk tidak berpuasa jika mereka khuatir dgn
kesihatan diri mahupun bayi mereka. Namun adalah sebaiknya kita mula berlatih
berpuasa sebelum Ramadhan lagi dgn melaksanakan puasa-puasa sunat serta
berusaha mencukupkan nutrisi dalam pemakanan seharian semasa bersahur dan
berbuka..InshaAllah.
Untuk maklumat
lanjut, sila sms: 011-15690082 atau
Facebook: Adilah Manaf Celikvitamin atau
email: adilahmanaf@celikvitamin.com untuk
keterangan lanjut dan konsultasi percuma.
p/s : nak dapat extra diskaun lagi utk produk Shaklee nih? sile mention nama blog ini ye ;)
utk 3 gifts tu, pengkomen akan dipilih secara random ya..sukeatiler nk komen apepon selagi komen tu kuar :) dan jgn lupe tulis email kande dinde !!!