Monday, November 30, 2015

Penyusuan susu ibu yang terbaik untuk si manja dan anda

Assalamualaikum readers :)



Sejak saya tau saya pregnant, saya memang dah sematkan niat & azam di dalam hati utk memberi penyusuan penuh pada bayi saya. Walaupun saya tahu bukan mudah, terutamanya bila itulah pengalaman pertama dan bayi pertama kita. Pengalaman saya semasa anak sulung saya (tahun 2007), saya sudah mula belajar dari laman-laman web, forum2 berkaitan & membaca blog ibu2 / bakal ibu utk serap sebanyak ilmu breastfeeding yg mungkin. Yelah, masa tu facebook or whatsapp group ni blm wujud lagi..friendster ade! Mmg seronok & excited utk kumpulkan sebanyak mungkin info ttg breastfeeding ni. Dan saya bersyukur dapat fully breastfeed anak sulung saya (baby boy) sehingga 7 bulan. Ya, it’s true tak sampai pon 2 tahun, tapi saya tetap happy berpeluang merasa ‘nikmat’ menyusukan dia, mengepam di office,merasa ”engorged”, merasa luka,demam bengkak susu, fuhh..mcm2 lagilah..saya berjaya hadapinya!!(mcm berperang pon ada,hahaha)

Jadi utk anak kedua (tahun 2009) saya bljr dari pengalaman lepas & tekad saya makin kuat bila dh tau do’s & don’t J .. to make it short, saya berjaya menyusukan baby girl saya sehingga hampir umurnya setahun! Pam susu yg saya gunakan ketika itupon adalah hadiah dari contest tau, mmg betol2 pam susu idaman! Rezeki anak saya J

Tetapi, tanpa sokongan suami (TERUTAMANYA) & keluarga,memang agak sukar utk menghadapinya berseorangan. Sokongan emosi amat2 penting pada waktu2 awal kritikal penyusuan bayi..beritahulah suami anda, terangkan pada mereka yg kita amat memerlukan sokongan & dorongan mereka. Mari saya share,  pelbagai bentuk sokongan yg para suami blh lakukan utk anda:


Peranan suami
  

  • Peranan dan penglibatan suami sangat penting dalam menyokong dan
meneruskan penyusuan bayi secara eksklusif.

  • Menghadiri kelas pendidikan kesihatan ante natal bersama isteri.
  • Menemani isteri di bilik bersalin untuk memberi sokongan.
  • Bantu isteri mendapat posisi penyusuan yang selesa.
  • Bantu isteri rasa relaks dan bertenang.
  • Suami perlu mengetahui kepentingan penyusuan susu ibu.
  • Membantu dalam urusan penyediaan makanan keluarga dan kerja rumah
  • Tunjukkan kasih sayang dan simpati.

Okey para suami, got it?? hehehe, bantulah isteri anda ya..sekurang-kurangnya berilah kata2 dorongan & bantu sikit2 kerja rumah atau uruskan anak2 (jika ada anak2 lain)..percayelah, bila seorang IBU itu dlm mood yg HAPPY, secara x lgsg ia akan memberi kesan yg baik dlm penyusuan tau!
Jadi, untuk anak yg ketiga (2014) saya mmg sudah bersiap siaga (hehehe) utk menghadapi sekali lagi pahit manis penyusuan ibu..sebab saya tau & sedar akan kebaikan susu ibu..saya merasa sendiri & melihat sendiri bukti2 depan mata (anak2 saya agak jarang sakit,alhamdulillah) .. lagipon, jarak antara anak kedua & ketiga saya agak jauh (5 tahun) , jadi rasa seperti jdi ibu mcm pertama kali pulak ;p .

Saya nk kongsikan 1 artikel ttg kebaikan susu ibu ni :











MashaAllah, hebatkan susu ibu? Oh lagi satu saya nk kongsikan RAHSIA cepat KURUS lepas bersalin ialah susukan bayi anda sepenuhnya…pengalaman saya sendiri, berat ketika kandungan 9 bulan 78 kg (gulp!) , sebulan lepas melahirkan 68kg , YEAYYY!!! Hehehe, berat bulan-bulan selepas itu…rahsieee lah! Sebenarnya terlalu banyak KEBAIKAN penyusuan IBU ni pada IBU & BAYI ..antaranya ialah :
Penyusuan badan mempunyai banyak faedah bagi kedua anda dan bayi anda. Ia cara yang istimewa bagi anda berapat dan mesra dengannya. Lebih lagi, susu ibu memberikan bayi semua yang diperlukan untuk berkembang maju dalam enam bulan pertama hidupnya.

Anda juga boleh meneruskan penyusuan badan setelah bayi anda mula makan pepejal di sekitar enam bulan. Susu ibu penuh nutrien dan akan terus mendatangkan kebaikan bagi bayi.

Penyusuan badan juga membantu bayi anda melawan infeksi semasa bulan-bulan pertama kehidupan. Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi anda daripada penyakit seperti kuman dalam perut (gastroenteritis), selesema, infeksi urinari dan jangkitan telinga.

Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat kondisi alergik seperti asma dan ekzema. Ia juga boleh mengurangkan risiko bayi mendapat penyakit serius seperti kencing manis kanak-kanak dan leukemia.

Selain antibodi dalam susu anda, badan anda berfungsi menghasilkan antibodi-antibodi baru sebaik saja anda terdedah kepada infeksi. Antibodi-antibodi ini dipindahkan ke susu anda, sedia untuk diterima bayi sebaik saja dia mendapat penyusuan badan yang seterusnya.

Susu ibu mempunyai rantai ganda asid lemak politaktepu, yang penting untuk membantu bayi mengembang otak. Penyusuan ibu semasa bulan-bulan pertama akan memperbaiki perkembangan kognitif bayi anda. Secara teori, ini bermakna menyusu badan boleh membuat bayi anda lebih pintar.

Penyusuan badan juga merupakan pilihan yang paling sihat bagi anda. Ia mengurangkan risiko di usia tua anda mendapat kanser payudara pra-menopaus, kanser ovari dan retak tulang dari osteoporosis.

Dari sudut praktikal, satu faedah besar penyusuan badan ialah ianya sangat mudah diurus. Tiada apa untuk dicuci, disteril atau disediakan. Anda dan bayi anda akan gembira melakukannya, dan anda akan merasakan satu kepuasan melihat dia membesar dan berkembang. Dan semua itu disebabkan usaha anda!

sumber dari atas laman web :


Jika ini merupakan pengalaman pertama anda menyusukan bayi, saya nk share sikit ttg proses pengeluaran susu berlaku. Ini amat2 penting supaya anda tau & bersedia bila tiba waktunya kelak.
 Bagaimana proses pengeluaran susu berlaku ? (RUJUK GAMBARAJAH di bawah)






Haaaa, boleh faham kan? Okey, sebelum saya habiskan write up saya ttg penyusuan ibu (actually kalau topik bf ni, blh makan hari nk cerita) , berikut adalah beberapa SALAH FAHAM yg sering terjadi semasa penyusuan ibu, take your time to read.. 


Saya tidak mahu payudara yang kendur !”yang sebenarnya, penyusuan susu ibu membantu anda kembali kepada bentuk badan asal dengan lebih cepat. wanita yang payudaranya kendur selepas bersalin menyalahkan penyusuan ibu sedangkan hakikatnya ia disebabkan oleh faktor usia yang meningkat dan graviti.
“Penyusuan susu ibu menyusahkan”
penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan atau penyediaan susu. tambahan lagi, penyusuan susu ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana sahaja dan ia tidak melibatkan kos.
“Kenapa perlu susukan bayi sedangkan saya akan kembali bekerja?”
sebenarnya ia mudah, memuaskan hati dan berbeza daripada apa yang anda fikirkan. ia praktikal !
“Penyusuan susu ibu mudah. Apa lagi yang hendak dipelajari?”
penyusuan susu ibu memang semulajadi dan mudah tetapi ia juga satu kemahiran yang perlu dipelejari. dengan belajar, anda boleh lebih bersedia dan tidak mudah mengalah apabila timbul masalah.
“Menyusukan bayi? Jangan haraplah. Tidakkah ia menyakitkan?”
hakikatnya, pada awalnya anda mungkin rasa sedikit bengkak. akan tetapi, ia akan hilang selepas beberapa hari. jika anda berasa sakit, ini mungkin disebabkan bayi tidak menghisap puting dengan betul..
“Tapi wanita berpayudara kecil tidak boleh menghasilkan susu yang mencukupi!”
wanita yang berpayudara kecil boleh menghasilkan susu yang mencukupi. saiz payudara dipengaruhi oleh tisu lemak manakala penghasilan susu bergantung kepada saiz kalenjar mamari di dalam payudara. kalenjar mamari adalah sama tanpa mengira saiz payudara.


belajar & faham tentang konsep SUPPLY & DEMAND breastfeeding ya..moga bermanfaat coretan saya kalini! Sentiasa berdoa , makan makanan berkhasiat, MINUM air supaya anda tidak terasa kering & tenang…tenang semasa menyusukan bayi anda…merekalah anugerah terindah utk anda sekeluarga J , HAPPY BREASTFEEDING MOMMIES !!



No comments: