Wednesday, August 24, 2016

Move to the new blog

My new blog 😁✌ NotSoSuperZety.blogspot.com

Yg blog lama superzetymarlia.blogspot.com tu ade je lg x delete pon..sebabnye, malas tercari2 nk update new version blogspot.. InshaAllah cube istiqamah kalini update blog.kih3. Kalau ade kwn2/readers yg masih aktif berblog btau ye ..blh jd bahan bacaan/rujukan nnt..terigt views plg byk kt blog lama mase tu lebih 50k views citer cuti2 Hong kong kami..happy giler bile dpt byk view mcm tu & dpt kwn baru jgk 😀..semoga blog baru ni pon dpt mmberi kebaikan .. I'm just being myself bile tulis blog, mcmane gaye penulisan dlm blog ni,mcm tu jugalah saya berckp dgn kwn2 (yg close dgn saya mmg tau dh tu)
#bloggerlife #almostpencenasblogger #bloggermom #malaysianblogger

Monday, March 21, 2016

Kesian Yasmeen jarang dia masuk blog mama

Salam :D

hehehehe, kalini citer Yasmeen Hanina je okeh...sian dia, x byk lgsg enterframe dlm blog mama yg gile femes nih ;p 

Yasmeen dah 1y 8m ,alhamdulillah...she's sooooo witty, notty, clever & 'merap' punye toddler ...'merap' tu maknenye clingy sgt3! mcm magnet! kalau ada mama haduiiii, mcm xblh buat bende lain dah...kalau mama xde elok je independent dia..apepon, dialah penghibur kami..keletah x mcm budak umo setaon lebih! sel-sel otak terlebih sambung nih , hahahaha... x lame lg nk 2 tahun dah..kejap sungguh lah~





Thursday, February 11, 2016

Dapatkan koleksi Shawl saya di Butik TudungStore di Bangi Sentral

Assalamualaikum :D

Naseb baik masih igt lagi password blog nih, hehehehe ...

Utk readers semua..saya dgn rendah hati nk menjemput anda semua ke Butik TudungStore di Bangi Sentral (Level 2 atas Mee Tarik) .. sebab anda kene pegi:

  1. Saya berniaga di butik vendor TudungStore ni jual shawl / instant shawl ByMarleia , Zetaenrawdah & perfume
  2. Hari-hari saya buat SALES / Harga Diskaun utk customers yg walk in di situ :) dan selalu juga buat FREE Gift
  3. Ada mcm2 produk blh anda dapati di butik tu, dari muslimah clothing, pakaian lelaki (jenama designer terkenal Fairuz Ramdan yg buat baju AC Mizal ada logo bear tu), kasut, makanan etc.
  4. Harga shawl & barang kami berpatutan ya amat2 & berkualiti tinggi 
Jika ada kwn2 yg nk dtg Bangi Sentral & singgah di butik TudungStore..jgn segan2 utk whatsapp saya (Zety 0193759220) , inshaAllah jika berkelapangan saya blh teman anda shopping tudung & bagi BEST price giler2 punye !!

atau nk shopping online pon blh, do visit www.TudungStore.com/byMarleia  atau www.TudungStore.com/Zetaenrawdah

Doakan perniagaan kami ni dpt berkembang dgn baik & dpt sambutan dari pelanggan2 .. aaminn :)






Monday, November 30, 2015

Penyusuan susu ibu yang terbaik untuk si manja dan anda

Assalamualaikum readers :)



Sejak saya tau saya pregnant, saya memang dah sematkan niat & azam di dalam hati utk memberi penyusuan penuh pada bayi saya. Walaupun saya tahu bukan mudah, terutamanya bila itulah pengalaman pertama dan bayi pertama kita. Pengalaman saya semasa anak sulung saya (tahun 2007), saya sudah mula belajar dari laman-laman web, forum2 berkaitan & membaca blog ibu2 / bakal ibu utk serap sebanyak ilmu breastfeeding yg mungkin. Yelah, masa tu facebook or whatsapp group ni blm wujud lagi..friendster ade! Mmg seronok & excited utk kumpulkan sebanyak mungkin info ttg breastfeeding ni. Dan saya bersyukur dapat fully breastfeed anak sulung saya (baby boy) sehingga 7 bulan. Ya, it’s true tak sampai pon 2 tahun, tapi saya tetap happy berpeluang merasa ‘nikmat’ menyusukan dia, mengepam di office,merasa ”engorged”, merasa luka,demam bengkak susu, fuhh..mcm2 lagilah..saya berjaya hadapinya!!(mcm berperang pon ada,hahaha)

Jadi utk anak kedua (tahun 2009) saya bljr dari pengalaman lepas & tekad saya makin kuat bila dh tau do’s & don’t J .. to make it short, saya berjaya menyusukan baby girl saya sehingga hampir umurnya setahun! Pam susu yg saya gunakan ketika itupon adalah hadiah dari contest tau, mmg betol2 pam susu idaman! Rezeki anak saya J

Tetapi, tanpa sokongan suami (TERUTAMANYA) & keluarga,memang agak sukar utk menghadapinya berseorangan. Sokongan emosi amat2 penting pada waktu2 awal kritikal penyusuan bayi..beritahulah suami anda, terangkan pada mereka yg kita amat memerlukan sokongan & dorongan mereka. Mari saya share,  pelbagai bentuk sokongan yg para suami blh lakukan utk anda:


Peranan suami
  

  • Peranan dan penglibatan suami sangat penting dalam menyokong dan
meneruskan penyusuan bayi secara eksklusif.

  • Menghadiri kelas pendidikan kesihatan ante natal bersama isteri.
  • Menemani isteri di bilik bersalin untuk memberi sokongan.
  • Bantu isteri mendapat posisi penyusuan yang selesa.
  • Bantu isteri rasa relaks dan bertenang.
  • Suami perlu mengetahui kepentingan penyusuan susu ibu.
  • Membantu dalam urusan penyediaan makanan keluarga dan kerja rumah
  • Tunjukkan kasih sayang dan simpati.

Okey para suami, got it?? hehehe, bantulah isteri anda ya..sekurang-kurangnya berilah kata2 dorongan & bantu sikit2 kerja rumah atau uruskan anak2 (jika ada anak2 lain)..percayelah, bila seorang IBU itu dlm mood yg HAPPY, secara x lgsg ia akan memberi kesan yg baik dlm penyusuan tau!
Jadi, untuk anak yg ketiga (2014) saya mmg sudah bersiap siaga (hehehe) utk menghadapi sekali lagi pahit manis penyusuan ibu..sebab saya tau & sedar akan kebaikan susu ibu..saya merasa sendiri & melihat sendiri bukti2 depan mata (anak2 saya agak jarang sakit,alhamdulillah) .. lagipon, jarak antara anak kedua & ketiga saya agak jauh (5 tahun) , jadi rasa seperti jdi ibu mcm pertama kali pulak ;p .

Saya nk kongsikan 1 artikel ttg kebaikan susu ibu ni :











MashaAllah, hebatkan susu ibu? Oh lagi satu saya nk kongsikan RAHSIA cepat KURUS lepas bersalin ialah susukan bayi anda sepenuhnya…pengalaman saya sendiri, berat ketika kandungan 9 bulan 78 kg (gulp!) , sebulan lepas melahirkan 68kg , YEAYYY!!! Hehehe, berat bulan-bulan selepas itu…rahsieee lah! Sebenarnya terlalu banyak KEBAIKAN penyusuan IBU ni pada IBU & BAYI ..antaranya ialah :
Penyusuan badan mempunyai banyak faedah bagi kedua anda dan bayi anda. Ia cara yang istimewa bagi anda berapat dan mesra dengannya. Lebih lagi, susu ibu memberikan bayi semua yang diperlukan untuk berkembang maju dalam enam bulan pertama hidupnya.

Anda juga boleh meneruskan penyusuan badan setelah bayi anda mula makan pepejal di sekitar enam bulan. Susu ibu penuh nutrien dan akan terus mendatangkan kebaikan bagi bayi.

Penyusuan badan juga membantu bayi anda melawan infeksi semasa bulan-bulan pertama kehidupan. Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi anda daripada penyakit seperti kuman dalam perut (gastroenteritis), selesema, infeksi urinari dan jangkitan telinga.

Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat kondisi alergik seperti asma dan ekzema. Ia juga boleh mengurangkan risiko bayi mendapat penyakit serius seperti kencing manis kanak-kanak dan leukemia.

Selain antibodi dalam susu anda, badan anda berfungsi menghasilkan antibodi-antibodi baru sebaik saja anda terdedah kepada infeksi. Antibodi-antibodi ini dipindahkan ke susu anda, sedia untuk diterima bayi sebaik saja dia mendapat penyusuan badan yang seterusnya.

Susu ibu mempunyai rantai ganda asid lemak politaktepu, yang penting untuk membantu bayi mengembang otak. Penyusuan ibu semasa bulan-bulan pertama akan memperbaiki perkembangan kognitif bayi anda. Secara teori, ini bermakna menyusu badan boleh membuat bayi anda lebih pintar.

Penyusuan badan juga merupakan pilihan yang paling sihat bagi anda. Ia mengurangkan risiko di usia tua anda mendapat kanser payudara pra-menopaus, kanser ovari dan retak tulang dari osteoporosis.

Dari sudut praktikal, satu faedah besar penyusuan badan ialah ianya sangat mudah diurus. Tiada apa untuk dicuci, disteril atau disediakan. Anda dan bayi anda akan gembira melakukannya, dan anda akan merasakan satu kepuasan melihat dia membesar dan berkembang. Dan semua itu disebabkan usaha anda!

sumber dari atas laman web :


Jika ini merupakan pengalaman pertama anda menyusukan bayi, saya nk share sikit ttg proses pengeluaran susu berlaku. Ini amat2 penting supaya anda tau & bersedia bila tiba waktunya kelak.
 Bagaimana proses pengeluaran susu berlaku ? (RUJUK GAMBARAJAH di bawah)






Haaaa, boleh faham kan? Okey, sebelum saya habiskan write up saya ttg penyusuan ibu (actually kalau topik bf ni, blh makan hari nk cerita) , berikut adalah beberapa SALAH FAHAM yg sering terjadi semasa penyusuan ibu, take your time to read.. 


Saya tidak mahu payudara yang kendur !”yang sebenarnya, penyusuan susu ibu membantu anda kembali kepada bentuk badan asal dengan lebih cepat. wanita yang payudaranya kendur selepas bersalin menyalahkan penyusuan ibu sedangkan hakikatnya ia disebabkan oleh faktor usia yang meningkat dan graviti.
“Penyusuan susu ibu menyusahkan”
penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan atau penyediaan susu. tambahan lagi, penyusuan susu ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana sahaja dan ia tidak melibatkan kos.
“Kenapa perlu susukan bayi sedangkan saya akan kembali bekerja?”
sebenarnya ia mudah, memuaskan hati dan berbeza daripada apa yang anda fikirkan. ia praktikal !
“Penyusuan susu ibu mudah. Apa lagi yang hendak dipelajari?”
penyusuan susu ibu memang semulajadi dan mudah tetapi ia juga satu kemahiran yang perlu dipelejari. dengan belajar, anda boleh lebih bersedia dan tidak mudah mengalah apabila timbul masalah.
“Menyusukan bayi? Jangan haraplah. Tidakkah ia menyakitkan?”
hakikatnya, pada awalnya anda mungkin rasa sedikit bengkak. akan tetapi, ia akan hilang selepas beberapa hari. jika anda berasa sakit, ini mungkin disebabkan bayi tidak menghisap puting dengan betul..
“Tapi wanita berpayudara kecil tidak boleh menghasilkan susu yang mencukupi!”
wanita yang berpayudara kecil boleh menghasilkan susu yang mencukupi. saiz payudara dipengaruhi oleh tisu lemak manakala penghasilan susu bergantung kepada saiz kalenjar mamari di dalam payudara. kalenjar mamari adalah sama tanpa mengira saiz payudara.


belajar & faham tentang konsep SUPPLY & DEMAND breastfeeding ya..moga bermanfaat coretan saya kalini! Sentiasa berdoa , makan makanan berkhasiat, MINUM air supaya anda tidak terasa kering & tenang…tenang semasa menyusukan bayi anda…merekalah anugerah terindah utk anda sekeluarga J , HAPPY BREASTFEEDING MOMMIES !!



Monday, November 16, 2015

Dah nk cuti sekolah ni,nak cuti ke manakah kite

Assalamualaikum :)

Dah masuk pertengahan November dah ni..result exam Umar pon dh dpt, alhamdulillah2, bersyukur je kami mamapapa dgn result Umar, he had done his best! All subjects scored 90+ EXCEPT Bahasa Melayu :'D , dapat B je nakk.. xtaulah ape nk ckp dah..hahahaha, nk gelak pon ye..xpelah, nnt mama carik kelas tuisyen BM ye..so, kami ade deal dgn Umar, kalau peksa dpt no 1-3 dptlah pilih adiah yg dia suke, tapi xde rezeki kalini Umar (sebab markah BM lah ni! drop peratus Umar) so dptlah small reward lain,hehehe.. 

So anak2, kemana kite cuti thn ni..emm,memandangkan tabung cuti2 kite beku -150 darjah celcius (kui3x) kite grab free stay je kt Cameron Highland & Port Dickson yee haaa...syukur2 ade jgk free stay kt otel kan..mama dok tunggu2 jugak kot2 ade menang contest cuti2 hotel mane2, krik krik jee :(
Umar & Maryam tanye, ade naik eroplen x kalini? Mama muncunggg je, xdelah nak oii, kite lenjan kete je lagi besh .. bersyukur apa adanya :) 

So, starting this month onwards, mama dah plan nk prepare "must have items for darjah 1" utk Maryam, Allahuakbar..dh nk masuk darjah 1 dah princess mamapapa nih :') , eloklah jugak..klu x kojenye blk skolah tadika nyanyi, nyanyi , nyanyi..(papa byr yuran ni utk Maryam nyanyi2 je ke?! Papa apai pernah menyuarakan ketidakpuasan hati beliau pd Maryam , tp Maryam buat dekk je) 

Oklah, sambung bebelan next entry ;)

Wednesday, November 4, 2015

Hari Konvokesyen yang hampir-hampir terlupa

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, setel dah convocation day saya yg hampir2 saya lupakan itu.hehehe..nape dilupakan?? sebabnyeee..dh abis tahun lps lagi..tp thn lps x smpt join konvo..jadi..tahun ni saya amat2 bz dgn mcm2 perkara, tibe2 dpt email & surat konvo, eh , opocot! hahahah...lgpon, mcm dah lama sgt saya sambung master ni...org lain dh konvo phD dah ,hahaha...xpelah, yg penting habis dgn baik..tesis dpt pujian (after almost nk QUIT )..cgpa 3.75 alhamdulillah..dan dpt support from supervisor saya utk continue the title buat phD...errrrr..yang tuuu...bncg kendian, hahaha

smlm saya share gmbr kt fb & ig..sebenanya utk 'reward' diri saya sendiri & bg smgt kt kwn2 yg lain yg mcm saya...sebenanya thn 2013 lagi saya blh habis dah tp mase tu saya down, down sgt2 utk teruskan menulis Tesis..all courses saya habiskan dgn baik & scored the exams , cume tinggal Tesis ni shj yg saya rasa mase tu ..amat2 membebankan.. sampai saya rasa menyesal, menyesal sgt2 napelahhh aku smbg blaja, napelahhhh aku serah diri tulis Tesis yg sepatah haram pon aku x pnh bother! dengan kene pergi keje , pegi jmpe SV, larik g library, join kelas data analisis, jaga anak kt umh , etc. 

Dan juga utk kwn2 saya yg sedang sambung belajar atau menghadapi kesukaran dlm kerja rumah (suri rumah), profesional, eksekutif, hatta data entry clerks sahaja pon, saya amat2 hrp korang teruskan usehe anda & jgn mudah give up! xde org lain blh tlg dah melainkan diri anda sendiri..percayelah...orang lain blh bagi kata2 semangat berbakul2, sindiran bertingkat2, perlian bermangkuk2, umpatan berguni2!!! sebenanya ANDA sendiri yg kene tlg diri sendiri..kalau anda hilang percaya dgn diri, maka terhentilah perjuangan kite disitu...tu yg xmau tu...duit yuran dah habis banyak, xnak bazirkan duit hasil kerja saya sendiri tu.. so saya cpt2 bina semangat saya balik, merendah diri dengan supervisor saya yg sememangnya banyak bantu saya mase tu utk naikkan balik motivasi saya utk habiskan !!

Tak lupa jugak utk family kecil saya, yg rapat dgn saya, yg memahami tugasan saya, yg terpaksa jage anak2 saya..hanya Allah yg boleh balas kebaikan anda..i am nothing without my family T__T

oklah, cukuplah coretan ala motivasi saya kalini..dah mcm ucapan dpt anugerah hah...oh ya, saya x lupe utk kwn2 saya, online mahupon offline, pembaca blog ni dari dulu...terima kasih atas doa2 anda secara langsung dan x langsung..terima kasih ya semuaaa 

P/S : mase konvo bila pakai shawl sendiri lain perasaannye..hik3, lagi2 bile design sendiri beads tepi tu, alhamdulillah :D







Sunday, October 25, 2015

Buat sendiri dinner seafood ala Shell Out

salam :)

Meh nk serikan blog ni dgn gmbr2 makanan..lame x ltk gmbr mknn & resepi2 kan...sindrom mak mak kembaliii

rasanya dah agak femes restoren Shell Out kt damansara tu dek rmi yg post kt ig gmbr2 ketam, udang, siput, Lala / seafoods yg dilambakkan di atas meja..lps tu, tup2 kt Bdr Baru Bangi ade jgk restoren Ocean Hauz yg same konsepnye mcm Shell Out nih..tapi queue dia, mak aihhh...idokle aku nk beratur saje2 kan..

jadi, dek 2 minggu ni x kuar jln2, x kuar mkn kt luar , konon2 Umar nk exam kan..aku lepas gian nk masak ala Shell Out lah...resepi? alahh...masak ikut sukehati je mcm masak lauk tu..pilih yg favourite anak2 & hubby..confirm licinnn


Plan itu penting, masak x masak blkg citer, haaa...siap buat note nih supaya semangat !!


masak, punye masak,campak punye campak, tadaaaaa...misi berjaya! alhamdulillah, cume nasi goreng cine tu aku dh terlepek penat nk goreng, nasi putih je


puas hati, puas makan, nk comot camne gaye pon suke hatilah, jimat pon jimat banyakkkk...sbb blh agak2lah brp ekor nk belikan..


esoknya ari ahad mcm blank xtau nk masak apa..beli ikan nyok-nyok yg lemak sedap tuu..masak kari...goreng telur mata tumis dgn bawang cili kicap..pehhhhh..tu paling win! 


maka dengan ini, wiken minggu depan saya isytiharkan dapur ditutup yeee..hehehe ;) ..ada kwn2 yg nk resepi ke utk ala Shell Out tu? xpon korang google je resepi2 lauk2 yg aku masak atas tu lagi senang..alter sendiri ikut suke ye :D